Bila Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Nik Mat mengatakan orang yang menghisap rokok itu lebih
hina dari lembu terbeliak sekejap mata-mata para
perokok. Ada yang bersetuju tetapi di tangan masih lagi
ada sekotak rokok yang belum dihabiskan. Tak kurang
yang mempolitikkan kenyataan Tuan Guru itu tetapi
sekiranya diperhalusi, apa yang diperkatakan ada
benarnya.
Di kalangan orang melayu, pernah kita dengar mereka
selalu berkata “ Bodoh macam Lembu”. Terkadang terfikir
juga wajarkah manusia yang telah disempurnakan dengan
aqal ini diperbandingkan dengan seekor binatang ternak
seperti Lembu. Tentang bodohnya lembu itu dikaitkan
dengan kehidupan binatang tersebut yang dari awal
sehingga akhir hayatnya dilihat umpama diperhambakan
manusia. Walaupun apa yang sebenarnya berlaku adalah
mereka berbakti kepada umat manusia. Perlu diingat
lembu tak dikurniakan aqal!
Bagaimana pula dengan perokok? Ya, mungkin mereka tidak
diperhambakan tetapi mereka memperhambakan diri mereka
sendiri kepada segulung kertas yang dibalut bersama
tembakau dan pada masa yang sama memberi risiko kepada
orang disekelilingnya kerana menurut kajian asap
terpakai yang dikeluarkan dari mulut perokok adalah
lebih berbahaya dari asap yang belum disedut.Bohong
sekiranya mereka kata mereka tak mengetahui tentang
bahayanya rokok walhal merata kempen telah dijalankan
termasuk yang terbaru meletakkan gambar-gambar ngeri
tentang bahayanya rokok pada kotak-kotak rokok.
Tiada siapa yang menafikan bahawa tabiat merokok boleh
membawa kepada kematian kerana pada asap rokok itu
sahaja mengandungi lebih kurang 4000 bahan kimia
termasuk 200 yang telah dikenalpasti sebagai racun.
Komponen utama dalam tembakau yang bertindak kepada
otak manusia yang mana dikenali sebagai Nikotin
mengambil masa hanya 10 saat sahaja untuk menyerap ke
otak setelah seseorang itu menghisap rokok. Bukan itu
sahaja kimia-kimia yang terkandung pada rokok tersebut
adalah termasuk yang digunakan untuk membuat bahan
cucian,mengawal serangga perosak, membuat bom,
penanggal cat dan lain-lain kegunaan lagi. Tidakkah itu
merbahaya dan membawa kemudaratan kepada perokok? “Ya
tetapi ianya dah sebati dengan hidup kami” ini jawab
perokok diluar sana.
Disinilah datang hinanya seorang perokok. Memudaratkan
diri sendiri dan membawa risiko yang berbahaya kepada
orang lain. Jauh sekali sekiranya diperbandingkan
dengan lembu yang dilihat tak mempunyai aqal tetapi ada
juga baktinya kepada manusia selain dari dagingnya yang
juga boleh dimakan.
Sumber:
kiriman sayuti
Benarkah Perokok itu lebih Hina dari lembu??
Posted by
Zabidi Mamat
Saturday, April 25, 2009

0 comments:
Post a Comment